Wednesday, March 4, 2009

aku dan jodoh

10 petanda Jodoh

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan .

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya


member aku fwrdkan e-mail ni kat aku...masa mula2 baca...aku pun terpikir...ada apa2 ciri2 yg disebutkan di atas ni..berkaitan dgn aku? hmm.sedikit sebyk ada la jugak...and somehow aku rasa cam best lak...ngkorang ada rasa apa yg disebutkan di atas? tapi kalo takde pun..takpe..jodoh kan ditentukan Allah...ini sume..hanya..pemerhatian jek...

Sunday, December 28, 2008

for my fans..hahahaha




Balik td aku discover…mouse aku tewas pada tikus yg Berjaya menyelinap masuk dlm bilik aku…apa la dosa mouse aku…huhuhu..ter paksa la aku beli mouse baru…dah le PC fair aritu time aku tgh pokai…uiksss…apa la malang nasibku ini…tikus tu gigit kabel mouse aku…ciss…dah mcm2 cara aku gunapakai utk pastikan dia tak masuk bilik aku lagi…ampeh tul…takpe..satu hari nanti aku pasti berjaya…ingat pc fair aritu nak carik la cooler pad utk laptop aku ni…xdpt lak…takpe la..bukan aku selalu letak laptop kat riba aku yg gebu ni…w/pun nama dia laptop…

Mata aku dah nak segaris dah ni…tadi kat tempat keje ngadap cahaya pc…ni pun kat umah ngadap laptop dan mecorat coret sesuatu kat blog ni…ha…request dari lia…n reez..suh aku selalu update blog aku…bukan aku taknak..kekadang aku tak de idea…dan kekadang malasss…penat weeihh..ngadap pc…kang kata poyo lak…sbb buat blog meluah perasaan…(bukan aku ckp blogger yg diarykan blog tu poyo tau..org len yg kata…aku quote balik jek…)

Haa…ni aku dah update…w/pun hanya utk ceritakan pasal mouse aku yg tewas jek…hahahhaha..korang tertipuuu….(pasni kalo diorg taknak bc blog aku lagi..padan muka aku…hahahhaha)

Story of my abah

Something yg menyentuh hati aku berlaku tghr tadi..keluhuran seorg abah…

For those who knows my father…will know how is my father condition is, abah aku umur dah 73thn..kalo org len…tu dah pangkat atuk dah….tapi tu la abah aku…pernah masa aku kat tadika…kawan satu tadika aku ckp ‘awak..tu atuk awak dah sampai…’ then besok..mak aku kata…aku taknak abah aku dtg amik aku kat tadika…hakikatnya..dia tetap setia tunggu aku…dia jugaklah yang tetap tunggu setia amik aku balik sekolah agama…abah jugak la…yg gagah tempuhi…hujan lebat utk aku…

Tapi tu dulu…skrg ni…keadaan tak macam tu dah…abah aku dah tak gagah nak tempuhi hujan lebat…dan aku sendiri tak mampu nak tgk abah aku redah hujan….waktu telah membataskan kemampuan abah aku…dia kini..tak sekuat dulu…lututnya seringkali menyekat pergerakkannya…dan setiap pagi jugakla…aku akan dgr…dia buat senaman utk lututnya…dan setiap malam aku akan terbau…minyak panas…yg disapu dilututnya…

penglihatan abah juga tak secerah dulu…seringkali dinding dan pintu mencecah dahi abah…aku dah lama tak ubah kedudukan perabot kat umah ni…sbb takut abah bingung..terlanggar kerusi…rumah aku..takde perhiasan kaca atau Kristal…tu sume elakkan abah terlanggar dan pecah di kaki abah…dulu..tongkat abah tu..digunakan utk ketuk dinding utk aku terjaga subuh…tapi skrg ni…itu la..teman setia abah kemana jugak abah pergi. Dulu ada sekali tongkatnya terlepas…abah terjatuh masa abah turun tangga balik surau…sehari abah terbaring..tak boleh bgn…

sungguh pun abah dah tak nampak…dah tak kuat berjalan…abah tak suka menyusahkan org lain…baju abah..tu..abah basuh sendiri…abah ringan tulang basuh pinggan sendiri dan pinggan yg ada disinki..hmm…abah mmg seorg lelaki yg rajin…dulu pun abah mmg rajin mop lantai..kemas rumah..sapu sampah…tolong mak..dan yg paling aku kagum…suara abah sedap..lunak, kalo abah bc doa…takbir raya…boleh buat aku sayu….mendayu2 suara abah….

Apa yg berlaku harini wat aku tersentuh….

Tadi pagi..mak ckp..abah nak g bank…aku mula2 rasa malas…tak tau smpat ke tak…dan mungkin aku ada mendengus…abah mungkin dgr…then abah ckp… ‘takpe la…kalo tak sempat na..’ then aku just ckp.. ‘nanti na call’ betul tekaan aku…kerja aku melambak…perlu diselesaikan…tapi aku toleh jam…hmm…pergi la..bank ngan abah…then aku call…rumah..bgtau mak..aku dtg amik abah…jd aku rush la…dari opis ke umah…pergi bank..settlekan apa yg patut…then..aku nak bwk dia pegi maybank..sbb pej.agama suh wat akaun maybank…tapi abah aku ckp.. ‘tak payah la na…nanti ko tak sempat lak…masuk lambt,lgpn lutut abah dah penat ni…’ jadi aku pun…terus la hantar abah balik…masa smpai umah…turun kereta… abah ckp… ‘terima kasih na…terima kasih byk2…anto abah g bank..’ aku rasa sayu sgt..masa tu…seorg bapa..ucap terima kasih pada anaknya…rasa bersalah pun ada…sbb tadi aku mula2..tak sepenuh hati ikhlas hantar abah pegi bank…tapi..keluhuran abah..wat aku insaf…tak perlu la abah terima kasih kat na abah…na yg patut terima ksih kat abah…tapi ayat tu…hanya aku ucapkan di hati…susah betul aku nak luahkan apa yg aku terpikir tu….

 

Bila aku terlalu asyik bercinta…aku lupa…ada seorg lagi lelaki yg sentiasi sygi aku…tak kira la…aku ni..dlm keadaan susah ke senang ke…busuk ke…buruk ke…abah aku…sentiasa ada utk aku… berkorban utk yg dicintai boleh..tapi utk abah..aku perlu pikir…utk seketika…hmm…alpanya aku…maafkan na abah…tak bermaksud pun…Insya Allah..na utamakan abah dulu….

Mata kecik aku ni…gen abah aku…kulit cerah ni pun…gen abah…kaki aku..yg beso…dan tinggi yg tak berapa tinggi ni pun dari gen abah…tapi masa aku baby dulu..org ckp..idung aku…ikut idung abah…hehehe…mungkin ye…hmmm..tu abah dah balik…dari surau…hati2 dia menapak..melangkah.Dulu…mak ckp..abah hensem..dan aku tgk…gmbr mak ngan abah pun…nampak abah hensem…tapi skrg ni..abah dah berisi…hehehhe..suar pun dah tak muat…ada satu bj tu aku beli…murah jek…dia suka pakai…sejuk katanya…berulang2 dia pakai…seronok aku dgr…hehehehe…aku harap sgt…aku masih boleh lagi berbakti pada abah…selagi aku diizinkan-Nya…

Wednesday, November 19, 2008

aku dan persoalannya...

Aku receive email ni dari someone..kalo la..soalan kahwin tu...dpt djawab semudah ini..takde la letih aku..nak menjawab...hehehhee

Penawar Buat Si Bujang :

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)

Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.


Tuesday, September 9, 2008

Otot tulang rusuk aku

Otot kat tulang rusuk aku sakit…itu kata doctor tadi…setelah pelbagai assumption yang mak aku wat di atas..kesakitan aku…hmm…rupanya…sakit tu jek..aku lak dah bajet…appendix ke..ketumbuhan apa ntah..hahahhaha…rupa2nya..itu jek…so doctor bagi aku..ubat for muscle and painkiller…dasyat siot…ubat warna biru…hmmm…sib baik lia ngan matrock and of course reez paksa aku g klinik..aku jenis…bukan suka g check doctor..paling malassss aku….

Reason why aku tak suka g klinik…dan jumpa doctor..

:: bau klinik tu busuk….bau ubat la…bau alcohol bius tu la…bau dettol la…

:: selalu kene tunggu laaammmaaaa..its like the never ending pain…I have to face before turn aku utk jumpa doctor selama 10minit…adil ke tu???

:: kalo demam..kang mcm2 ubat aku kene telan…setiap 3 jam…aduiiihhh..as if I have the personal nurse..yg bleh ingatkan aku… ‘cik Usna…makan ubat ya..’ dan aku hanya perlu nganga..masukkan ubat kat tekak aku…hehehhehe..(pemalas kan aku?)

:: kalo dah baik demam…aku dah takleh manja2 mintak macam2 ngan mak aku…hehehhe…

So…tadi aku g klinik..tak dpt mc lak tu…ciss…eleeehh..keje pun tadi bukan wat keje sgt pun…melepak kat forum kegemaran aku… www.mypolycampus.net satu hari kalo aku tak masuk situ..rasa tak lengkap hari aku…haaa…kat situ la..aku kenal cintaku Reez..dia pun forumers kat situ…lainkali aku cerita pasal aku,reez dan forum tu…so aku rushing majidi-permas…sbb aku anto abah aku amik duit pencen dia tadi…dgn tghr yg terik…pastu balik lak…ada lak amoi2 yg makan mooncake lak…perrgghhh!! Menggoda tul..tgk lak…amoi tu minum air masak..togak…punya sedap…aiyaaa..posa kali ni..paling mencabar utk aku…

Mak aku lak td..request nak air cendol…hmm..rush aku balik…cari air cendol dia…pegi la kat bazaar yg aku citer smlm…pukul 6.45..pun ramai org lagi..time ni la…air jadi 3 RM1..hmmm..aku pusing2..ternampak nasi lemak kukus…RM4.50..beli la 2 bungkus…satu utk mak aku..then beli dadih..seketul 50 sen..cinonet jek…ni yg aku rasa cam nak belajo wat dadih ni…pusing2 lagi…aku ada nmpak roti bom..(roti canai letak mentega ngan gula) sdapp…tapi tu sume nafsu…nasi lemak kukus yg aku beli tu pun..dah tambah kolestrol aku…hmm…so akhirnya..aku jumpa la…cendol utk mak…RM 1.50 sebungkus…mahal2 …hmm..unfortunately..takde pic la…tak sempat aku amik gmbr…aku dah bedal dulu…hehehhehe…hmm..k la..untill next time…aku update lagi…next time..aku cuba utk bukak satu topic bleh kita fikirkan bersama…not just a diary of my day…

aku dan bazaar

Dalam keheningan petang dan perut yg menahan lapo..aku tulis blog ni..harini..(7/09/08) aku bgn agak lewat..gara2..tido lmbt semalam. So bgn dah tghr..layan melodi sekejap…hmm..kene le update ttg dunia hiburan kat malaysia sket…and I find Noryn Aziz voice is great..(mana dia pegi dulu eah..) she got this classy voice..hey..its my point of view…and that is the best word I can describe her voice..then aku pegi kedai plastic kat Kg Melayu..mak aku nak beli loyang…dia kata loyang dia hilang..mana dia letak ntah…mcm2 saiz loyang ada…so aku pun amik la satu..(mak aku bayo)..angan2 nak wat kek coklat satu…ntah jadi ke tak ntah kang..eheheh…hey! at least I tried rite…hahaahha..

So after that, aku pegi giant..(dulu panggil xtra…so aku panggil extra giant) carik pendrive…so I got myself a 1G pendrive with RM25..mahal la gak ni…sbb reez kata dia dpt 2G RM 20++ kat ipoh sana…hmm…susahni..nak kene g Ipoh nak carik pendrive…hehehhe…so on the way back home with my mom…aku ada nampak la bazaar..aku rasa yg paling beso kot kat area umah aku ni…separuh dari parking space..dah disewakan kat org yg meniaga ni…hari ni sgt la panass, after almost 3 weeks of raining…aku terpandang la..satu gerai jual air ni…perghhhh…terliur siot aku…mcm kaler2 ada…then lalu pulak kat kedai..jual ayam golek(ayam percik) sekor RM 16..bulan posa ni..betul2 bulan tambah rezeki..tapi hari ni..aku lalu jek…taku tak beli apa..sbb azan taun ni..jimat cermat..mak aku dah wat kuih..so tak yah la..nak beli2 lagi…aku pun dlm fasa menguruskan badan…mmg aku dah nekad nak diet bebetul…ajar perut aku supaya makan sikit…harap2 turun la 10 kg…dpt 30 kg..lagi syok…satu hari 1 kg..chaiyok2 usna…

raya dan puasa

Hmm…dah 6 hari posa..takde pulak..abg2 aku call..ckp.. ‘selamat berpuasa mak..’susah aku nk ckp..mgkin pada diorg…mende tu tak penting..tapi aku penah dengar mak sebut…ada anak…mcm takde ada anak…hmmm…salah aku ke? Mgkin..sbb tak jaga mak aku dgn betul kot..tapi abg2 aku jugak play the part…kalo bab raya ni..lagi sensitip..entah lah…dah penat aku nak pikir panjang lagi..azam raya aku kali ni…raya adalah hari yg biasa jek..nothing special…

Tiap kali raya mesti ada cerita yg penuh keinsafan ttg…kasih syg anak mak..merindui..kepulangan anak yg sibuk bekerja…seorg bapa yg sibuk…sembelih ayam…utk cucu2nya pulang…tapi..rumah sepi…tunggu la si bapa dan si emak…tapi tetiba anak pulang…dan sumenya happy…hmmm..aku rasa scene tu hanya kat iklan atau cerita sempena hari raya jek…secara realitinya? Maybe just 30% jek…well…aku cerita ni..berdasarkan pengalaman aku sendiri..tapi bukan itu yg aku nak sharekan kat sini…aku nak ceritakan the my sad side story of raya,(if can deliver the story la..) ‘How the Hj Sulaiman’s family celebrate their raya..’

Mesti kita selalu gambarkan raya tu…hari yg bahagia…jumpa sanak saudara..anak dirantauan pulang…ke kg..or pulang ke bandar (as my brothers case la) raya ni la…satu2nya excuse yg paling kuat utk parents…jumpa anak2 diorg…sbb..its the only day that..sume org boleh amik cuti…secara beramai2…(tapi utk mereka yg boleh tinggalkan kerja just utk jenguk parents..aku salute la) why kene tunggu raya? Hmmm susah aku nak ckp..mgkin sbb aku tak duduk jauh ngan parents..aku sebumbung ngan parents aku (and this is one of my brothers excuse for them to let all the responsibility down to me)…kakak aku cuba utk wat family day tahun ni..raya ke-3..katanya…just let see is this going to be real? Hmmm…I’m not being so negative about this…tapi as Mawi said in his Silkymen Ad. ‘u hope my dear…u hope’..kakak aku ckp..mcmana aku nak jumpa korang…asal aku datang jek korang dah takde…hmmm…susah la aku nak ckp…kalo la…kul 7 pagi tu..dia dah tercatuk kat umah…for sure la..dpt jumpa semua…ye la..lepas sembhyang raya…another excuse from my brother…’tahun lepas dah raya sini…so tahun ni..raya kat umah sana lak (referring to his parents in law house laa..) aku pun dah lost count..tahun ni..raya umah sape…aku rasa..cam every year..i’ll be spending my night before raya…with mak n abah..jek…haa..ni lagi satu excuse…’umah sana takde org tolong masakkan lauk2 raya…kesian..HELLOO!! as if ur own mother can cook by herself…yess…she can..(my mother is a supermom) but she still need all the help she can get…

So…parents aku survive the night before raya..with a smile…since all their grandkids are here..but except for my second brother…fuuhh! He really got a story to tell…he will only arrive at my mom house..on the 3rd raya…when everyone…gone to kulai n kluang…to visit my uncles there…so I often on my phone asking him his location…(while I’m driving..)ok…lepas salam2 sume..makan2..la..then my brothers will angkut what they can and bring to their mother in law…huuuhh…penat2 masak…amik camtu jek…hmmm…and the drama start when my sister..ask forgiveness from my mom..every year mcm tu…mgkin sbb byk dosa kot…heheehhe…then dgn muka bengkak2..salam2 laa…so dah..pas…duit raya…(haa.tahun ni..anak sedara aku dpt RM5 jek eah…sorry..bajet tak cukup) so..they when off to..where ever they want to..left me n my mom with all the mess…so..ptg tu..untill laa…raya berikutnya…aku akan tido…makan…tido…n..then my raya end..oh nearly forget…raya 4 baru la pegi..balik kg…

So the sad story is..my second brother…he got 5 kids..and none of them knew my mom is their nenek, don’t know why…is it because..my sister in law hates my mom or what? Duuh! that’s must be the reason…ntah la..mak aku dah penat nak kecik ati agaknya…we all get used to it..hope..i wont be like her..

Yess..mgkin korang yg baca ni..kata aku kejam..sebab write bad things bout my family…but this is just my point of view…what I felt…my family not that perfect…but I love my parents…and my brothers n sister..tapi tu la..sometimes..diorg tak nampak apa yg kurang kat sini..always harap aku yg tolong penuhi kekosongan parents aku…tapi aku ni manusia biasa…nak jugak keinginan sendiri..nak ada family…what if..i got married and have to move away? Kenapa abg2 aku takleh sacrifice..tapi aku perlu? Takkan aku nak tunggu abg aku pencen..then aku baru leh kawin…aku pernah terpikir mcm tu…hmmm….kalo la diorg tau apa yg aku rasa ni….

Untill next time…sorry la..kali blog aku…emosi sket…sbb aku sdg berantakan ni…so next time..aku cuba post something yg tak boring…