Wednesday, May 6, 2009

aku dan whisteria lane

Hari ni aku lambt lagi…isnin lepas aku dah lambt..w/pun lmbt 5min..tapi aku rasa cam tak best...hari lambat 13min...ciss.! jammed punya pasal la..ni...mcm tetiba sume org nak lalu jalan yg sama..huh!

Laptop aku masuk klinik..mmber aku tlg format..w/pun ada org nak ajar aku format laptop..tapi aku agak malas..dan takde masa nak buat...next time ye ayie...arini dah leh amik la...ntah apa yg si 5ruzz tu letak ntah...harap2 takde virus2 lagi...aman aku nak wat keje...

Smlm aku layan citer kat 8TV, desperate housewife...citer pasal wanita di Whisteria Lane...tapi smlm episod yg menyentuh perasaan aku...citer pasal handy man mereka.. Eli Scrugs..diorg cerita la..mcmana kesannya Eli ni dlm hidup diorg...tapi mereka baru terasa bila Eli ni mati atas bumbung masa tgh betulkan atap..sakit jantung...tang paling sedih tu..masa Eli ni baru dtg kat Whisteria Lane. First time jumpa ngan Mary Alice..aku try ingat balik apa dialog dia

Eli : Excuse me maam..

Mary Alice : Yes

Eli : Sorry for disturbing you, I’m new here..is there anything I can fix? i can fix anything

Mary Alice : owh..i’m sorry..i don’t have anything for you to fix

Eli : owh.. well then this is my card.. u can called me if there is anything I can do..

Mary Alice: owh..i’ m so sorry..well if you have an extra card, I can pass it to my friend..

Eli pun kelam kabut kuarkan kad dia dari poket…tapi terjatuh..masa dia tunduk nak kutip kad tu..Mary Alice perasan..kasut Eli berlubang..Eli cume tersenyum jek…then dia pun say thank you…then nak pergi la…Mary Alice panggil

Mary Alice : Eli, I have a broken vase..can you glue it together for me?

Eli : owh…you don’t have to do that maam…

Mary Alice : last week while cleaning the counter…I accidentally broke it.. I’ve kept the pieces,please glue it for me? You’re not going to make me beg rite?

Kat situ la…wat aku sedih sgt…tak tau kenapa..mungkin sbb ketulusan hati Eli..aku dpt rsakan...tapi 2th lepas tu..Mary Alice bunuh diri...masa tu..baru jek lepas Eli jumpa dia...Eli dtg nak betulkan tombol almari...Eli tgk Mary Alice duduk kat dapur sendiri..Eli Cuma tanya Mary Alice ok ke tak...Mary Alice kata ok..then dia bg Eli pasu bunga yg Eli pernah betulkan...then dia suruh Eli pergi...3jam kmudian..Mary Alice shot herself...Eli..tgk dari jauh...dan dia rasa menyesal teramat sgt...sbb tak extra care...jadi dari saat tu..Eli janji pada diri sendiri..dia akan bantu dan mendengar org yg ada masalah…

Mmg pun…Eli smbil2 betulkan apa yg rosak kat rumah org tu..dia akan mendengar dan melihat masalah..org tu..dan tanpa disedari..Eli akan membantu…nasihat dia..bukan berbentuk nasihat..Cuma mcm seorg kawan berborak dgn seorg kawan....

Korang ada kawan2 camtu? Hmm..hargai lah sebaiknyaaa…sbb kita tak tau..bile dia akan hilang…

Sunday, April 26, 2009

aku dan member aku..

smlm aku p tgk citer seram thailand..'Coming Soon' serius seramm...thanks kecik sbb ajak aku tgk citer yg selalu terperanjatkan aku...siap terjatuh popcorn aku yg separuh tu..ciss...

the story before it...ptg tu..member aku si kecik ni..ajak le aku..tgk wayang..sbb dah lama tak tgk wayang sesama...so msg la geng2 lain..member aku yg sorang tu...tak dpt follow..husband dia balik jb..tu aku takde kisah le..kan..yang sorang ni...aku nak kata tak ngam..ngan dia..sometimes aku ok..so msg le...

aku: nak ikot tak..tgk movie..citer seram..coming soon.

dia: citer apa? kalo jgn tegur aku dah tgk.. (kan aku dh bgtau...tajuk citer tu...issyyhh! geram aku...)

aku: tajuk citer coming soon..

dia: ntah eah..taktau camne...ingat nak kuar esok..

aku: reply aku before 8pm.

then dia takde reply aku..
aku pulak yg tanya dia lagi...

aku: ko jd tak?

dia: tak g la..aku kat luar umah ni..tgh buat mesyuarat tingkap ngan jiran aku..

so aku pun pegi je la ngan kecik...rilek je la..
then member aku tu...msg lagi..

dia:siapa jek lagi yg pegi

aku: aku ngan kecik jek..

dia:lolx..dua org jek...kesiannya..sori la aku tak dpt join..bla..bla..bla..

aku tak tau kenapa aku leh sentap ngan msg dia..then aku reply
aku: what's so funny...aku pun mmg selalu..kuar ngan kecik jek..berdua..lagi senang...

dia: ko marah aku ke?


harsh ke..ayat aku tu?
lantak le...apa yg nak aku sampaikan...kalo dia takde pun aku leh have fun..even sometimes dia takde pun..aku lagi senang...hmm..sometimes dia lepak sesama...dia yg selalu kene jadi bahan..but sometimes i do fine her just act stupid to tarik perhatian...hmmm...does she have to do that?

she is a good friend...boleh diharap la bila time emergency..but sometimes...she just..being reaaally pain to my ears...tapi mengenangkan jasa baik dia tu la..aku teruskan jadi kawan dia..cume camne la aku nak bgtau...kat dia..yg apa yg aku rasa ni...hmmm...sadisnya aku ni...

Friday, April 3, 2009

aku dan dia..

Dah lama aku tak xpresskan apa yg aku rasa...hmmm..where to start?

Lately..emosi aku agak keterlaluan..susah dikawal..faktor usia ke? Atau...i’m just being moody? Aku akui..aku mmg moody..sensetif...mcm org gila pun ada..ye la..kekadang..ok..kekadang nak marah2...tak ke gila namanya tu?

Aku tak tau kenapa..kadang aku rasa aku lost something..tapi tak tau apa...siapa aku lagi 10tahun..? aku hidup sorang ke?ada famili ke?kawan2..saudara mara...masih ada ke...org yg aku cintai..disisi aku..susah dan senang?hmm...ni la..kekadang yg org lelaki kata perempuan complicated...benda yg jauh dipikirnya...dah tu mcm merepek..hmm..ini bukan merepek(masih dalm proses utk membela kaum hawa) tapi cube pikir..betul tak apa aku ckp...and sometimes..perempuan just nak dgr sesuatu yg boleh meyakinkan dia..buat dia berada di zon selamat...in english..they say..security..(bukan mak gad or pak gad)dan mlm td..a question has been asked...but i didn’t receive the answer that i expected...but..who i am to determine what words he has to said..itu mulut dia..akal fikiran dia..speaking of him..i do miss the old him..who makes me laugh..makes me..feel the ‘ tinglish’ in my heart...but now..the spark become a baby flame...maybe the time is come for me to meet him..and i’m soo excited...

Seumur hidup aku..tak pernah lagi..org yg aku ‘cintai’ cherish me as i cherish him..aku tak pernah dimanjakan dgn luxury...takpernah aku dgn bangganya ckp kat member2 aku...’bende ni..dia yg belikan’ it’s always been me...who..baik hati sgt..memberi...apa yg dikehendaki..mungkin sbb itu..aku lebih indipendent..lebih senang..ikhtiar sendiri..but deep inside just below my ego...i do really need some pampering..cherish me with presents..suprise me..till i shed tear of joy...but i guess..that’ going to be a true dream..after all...

Being me..is sometimes difficult..even i confused with myself..hahahha...sometimes..i can be reaally indipendent...but sometimes..i just being pain in the a**..well..i am a girl..what do you aspect? I do walk like a guy..but still i’m feminin..love flowers..but people aspect me to be..macho..brutal..tak sensitif..but i dont think so..i can be cute..not just the face..but cute in all aspect..he told me..i’m manja..(but that manja not work out...can’t get his attention so much..need to re-strategized..) org yg tak kenal aku..akan kata aku..lasak..tapi believe me..i cried a lot...for simple things..tapi bukan depan org la..cried in my sleep..hmm.selalu la..(tapi dulu la...) mak aku tak masak lauk fav. pun aku leh merajuk..kata mak aku tak sayang aku..siap nangis2... :p..hehehe...tapi cube la..kutuk2 aku..dgn keterlaluan..kang keluar sore ala lelaki aku ni...

I’m not complaining..just using my blog to let him know..what i aspect from him..(if he read my blog..la..he’ll know)..and another thing...everytime i used my boring tone..meaning your in ‘too much poyo’ mode...except for that..I LOVE U..with all my heart..

Wednesday, March 4, 2009

aku dan jodoh

10 petanda Jodoh

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan .

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya


member aku fwrdkan e-mail ni kat aku...masa mula2 baca...aku pun terpikir...ada apa2 ciri2 yg disebutkan di atas ni..berkaitan dgn aku? hmm.sedikit sebyk ada la jugak...and somehow aku rasa cam best lak...ngkorang ada rasa apa yg disebutkan di atas? tapi kalo takde pun..takpe..jodoh kan ditentukan Allah...ini sume..hanya..pemerhatian jek...

Sunday, December 28, 2008

for my fans..hahahaha




Balik td aku discover…mouse aku tewas pada tikus yg Berjaya menyelinap masuk dlm bilik aku…apa la dosa mouse aku…huhuhu..ter paksa la aku beli mouse baru…dah le PC fair aritu time aku tgh pokai…uiksss…apa la malang nasibku ini…tikus tu gigit kabel mouse aku…ciss…dah mcm2 cara aku gunapakai utk pastikan dia tak masuk bilik aku lagi…ampeh tul…takpe..satu hari nanti aku pasti berjaya…ingat pc fair aritu nak carik la cooler pad utk laptop aku ni…xdpt lak…takpe la..bukan aku selalu letak laptop kat riba aku yg gebu ni…w/pun nama dia laptop…

Mata aku dah nak segaris dah ni…tadi kat tempat keje ngadap cahaya pc…ni pun kat umah ngadap laptop dan mecorat coret sesuatu kat blog ni…ha…request dari lia…n reez..suh aku selalu update blog aku…bukan aku taknak..kekadang aku tak de idea…dan kekadang malasss…penat weeihh..ngadap pc…kang kata poyo lak…sbb buat blog meluah perasaan…(bukan aku ckp blogger yg diarykan blog tu poyo tau..org len yg kata…aku quote balik jek…)

Haa…ni aku dah update…w/pun hanya utk ceritakan pasal mouse aku yg tewas jek…hahahhaha..korang tertipuuu….(pasni kalo diorg taknak bc blog aku lagi..padan muka aku…hahahhaha)

Story of my abah

Something yg menyentuh hati aku berlaku tghr tadi..keluhuran seorg abah…

For those who knows my father…will know how is my father condition is, abah aku umur dah 73thn..kalo org len…tu dah pangkat atuk dah….tapi tu la abah aku…pernah masa aku kat tadika…kawan satu tadika aku ckp ‘awak..tu atuk awak dah sampai…’ then besok..mak aku kata…aku taknak abah aku dtg amik aku kat tadika…hakikatnya..dia tetap setia tunggu aku…dia jugaklah yang tetap tunggu setia amik aku balik sekolah agama…abah jugak la…yg gagah tempuhi…hujan lebat utk aku…

Tapi tu dulu…skrg ni…keadaan tak macam tu dah…abah aku dah tak gagah nak tempuhi hujan lebat…dan aku sendiri tak mampu nak tgk abah aku redah hujan….waktu telah membataskan kemampuan abah aku…dia kini..tak sekuat dulu…lututnya seringkali menyekat pergerakkannya…dan setiap pagi jugakla…aku akan dgr…dia buat senaman utk lututnya…dan setiap malam aku akan terbau…minyak panas…yg disapu dilututnya…

penglihatan abah juga tak secerah dulu…seringkali dinding dan pintu mencecah dahi abah…aku dah lama tak ubah kedudukan perabot kat umah ni…sbb takut abah bingung..terlanggar kerusi…rumah aku..takde perhiasan kaca atau Kristal…tu sume elakkan abah terlanggar dan pecah di kaki abah…dulu..tongkat abah tu..digunakan utk ketuk dinding utk aku terjaga subuh…tapi skrg ni…itu la..teman setia abah kemana jugak abah pergi. Dulu ada sekali tongkatnya terlepas…abah terjatuh masa abah turun tangga balik surau…sehari abah terbaring..tak boleh bgn…

sungguh pun abah dah tak nampak…dah tak kuat berjalan…abah tak suka menyusahkan org lain…baju abah..tu..abah basuh sendiri…abah ringan tulang basuh pinggan sendiri dan pinggan yg ada disinki..hmm…abah mmg seorg lelaki yg rajin…dulu pun abah mmg rajin mop lantai..kemas rumah..sapu sampah…tolong mak..dan yg paling aku kagum…suara abah sedap..lunak, kalo abah bc doa…takbir raya…boleh buat aku sayu….mendayu2 suara abah….

Apa yg berlaku harini wat aku tersentuh….

Tadi pagi..mak ckp..abah nak g bank…aku mula2 rasa malas…tak tau smpat ke tak…dan mungkin aku ada mendengus…abah mungkin dgr…then abah ckp… ‘takpe la…kalo tak sempat na..’ then aku just ckp.. ‘nanti na call’ betul tekaan aku…kerja aku melambak…perlu diselesaikan…tapi aku toleh jam…hmm…pergi la..bank ngan abah…then aku call…rumah..bgtau mak..aku dtg amik abah…jd aku rush la…dari opis ke umah…pergi bank..settlekan apa yg patut…then..aku nak bwk dia pegi maybank..sbb pej.agama suh wat akaun maybank…tapi abah aku ckp.. ‘tak payah la na…nanti ko tak sempat lak…masuk lambt,lgpn lutut abah dah penat ni…’ jadi aku pun…terus la hantar abah balik…masa smpai umah…turun kereta… abah ckp… ‘terima kasih na…terima kasih byk2…anto abah g bank..’ aku rasa sayu sgt..masa tu…seorg bapa..ucap terima kasih pada anaknya…rasa bersalah pun ada…sbb tadi aku mula2..tak sepenuh hati ikhlas hantar abah pegi bank…tapi..keluhuran abah..wat aku insaf…tak perlu la abah terima kasih kat na abah…na yg patut terima ksih kat abah…tapi ayat tu…hanya aku ucapkan di hati…susah betul aku nak luahkan apa yg aku terpikir tu….

 

Bila aku terlalu asyik bercinta…aku lupa…ada seorg lagi lelaki yg sentiasi sygi aku…tak kira la…aku ni..dlm keadaan susah ke senang ke…busuk ke…buruk ke…abah aku…sentiasa ada utk aku… berkorban utk yg dicintai boleh..tapi utk abah..aku perlu pikir…utk seketika…hmm…alpanya aku…maafkan na abah…tak bermaksud pun…Insya Allah..na utamakan abah dulu….

Mata kecik aku ni…gen abah aku…kulit cerah ni pun…gen abah…kaki aku..yg beso…dan tinggi yg tak berapa tinggi ni pun dari gen abah…tapi masa aku baby dulu..org ckp..idung aku…ikut idung abah…hehehe…mungkin ye…hmmm..tu abah dah balik…dari surau…hati2 dia menapak..melangkah.Dulu…mak ckp..abah hensem..dan aku tgk…gmbr mak ngan abah pun…nampak abah hensem…tapi skrg ni..abah dah berisi…hehehhe..suar pun dah tak muat…ada satu bj tu aku beli…murah jek…dia suka pakai…sejuk katanya…berulang2 dia pakai…seronok aku dgr…hehehehe…aku harap sgt…aku masih boleh lagi berbakti pada abah…selagi aku diizinkan-Nya…

Wednesday, November 19, 2008

aku dan persoalannya...

Aku receive email ni dari someone..kalo la..soalan kahwin tu...dpt djawab semudah ini..takde la letih aku..nak menjawab...hehehhee

Penawar Buat Si Bujang :

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)

Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.